Masalah keguguran rambut di kalangan wanita selepas bersalin adalah perkara biasa. Ia terjadi akibat perubahan hormon yang berlaku pada wanita selepas bersalin.
Mungkin masalah ini tidak pernah berlaku sebelum anda melahirkan anak dan pastinya ia membuatkan ramai wanita runsing dan bimbang.
Biasanya rambut wanita lepas bersalin akan gugur ketika usia anak mula menganjak dua bulan ke atas. Wanita perlu peka menjaga kesihatan rambutnya kerana jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan rambut wanita menjadi botak.
Untuk menghindari rambut kering dan gugur, beberapa faktor perlu anda ikuti dan amalkan. Antaranya:
Penjagaan
•Penjagaan pemakanan perlu diambil kira. Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga.
•Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
•Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
•Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering/.
Bahan yang sesuai
Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak pencemaran berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar.
Cucian
Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering.
Penggunaan krim
Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban.
Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.
Tahukah anda bahawa pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut kita. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya dua liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua wanita.
2 comments:
alhamdulillah..mase ngandung dulu, rambut sy kuat..
susah nak jmp rambut gugur...
saye pun same,cara pemakanan dan syampu penting untuk kurangkan masalah rambut gugur.
Post a Comment