Showing posts with label hair. Show all posts
Showing posts with label hair. Show all posts

Friday, October 29, 2010

Tip Atasi Masalah Keguguran Rambut Bg Wanita Hamil

Masalah keguguran rambut di kalangan wanita selepas bersalin adalah perkara biasa. Ia terjadi akibat perubahan hormon yang berlaku pada wanita selepas bersalin.
Mungkin masalah ini tidak pernah berlaku sebelum anda melahirkan anak dan pastinya ia membuatkan ramai wanita runsing dan bimbang.

Biasanya rambut wanita lepas bersalin akan gugur ketika usia anak mula menganjak dua bulan ke atas. Wanita perlu peka menjaga kesihatan rambutnya kerana jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan rambut wanita menjadi botak.

Untuk menghindari rambut kering dan gugur, beberapa faktor perlu anda ikuti dan amalkan. Antaranya:

Penjagaan
•Penjagaan pemakanan perlu diambil kira. Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga.
•Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
•Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
•Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering/.

Bahan yang sesuai
Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak pencemaran berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar.

Cucian
Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering.

Penggunaan krim
Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban.

Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.

Air suam/jus
Tahukah anda bahawa pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut kita. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya dua liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua wanita.

Thursday, October 28, 2010

Habis RM 17,000 Rawat Rambut

info dari kosmo (26/10/10)
MAHATHIR menunjukkan pakej rawatan rambut yang ditawarkan oleh pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care di George Town semalam.

GEORGE TOWN – Berhabis sehingga RM17,000 bagi merawat masalah rambut, namun hasil yang diperoleh mengecewakan.

Tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care, juruteknik sebuah kilang di sini, Mahathir Taib, 24, memfailkan kesnya ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini pada bulan lepas.

Dalam perbicaraan semalam, Presiden TTPM, Datuk A. Mutalib Mohd. Razak mengarahkan pusat rawatan rambut itu membayar ganti rugi RM1,500 serta memberikan 12 rawatan rambut percuma kepada Mahathir.

Dua wakil Yun Nam Hair Care turut hadir pada perbicaraan itu.

Dalam tuntutannya, Mahathir dari Sungai Petani, Kedah mendakwa tidak berpuas hati selain berasa terpedaya kerana tidak diberi penerangan yang jelas berhubung rawatan yang diterimanya.

Mahathir memberitahu, semasa pertama kali dia berkunjung ke pusat rawatan itu di sebuah pusat beli-belah di Bukit Mertajam dekat sini pada Oktober tahun lalu, dia diberitahu masalah rambutnya boleh dirawat lalu jururunding di situ menawarkan pakej rawatan berharga RM1,500.

Untuk pakej itu, dia menerima 10 kali sesi rawatan rambut menggunakan formula herba termasuk empat botol produk berharga RM216.

Sunday, October 24, 2010

MASALAH RAMBUT

SETIAP ORANG MEMPUNYAI RAMBUT YG BERBEZA,

TERUTAMA DARI SEGI JENIS,

ADA YG BERMINYAK,KERING,KELEMUMUR,BERCABANG,NIPIS DAN TEBAL.

PADA SAYA,TAK SEMUA SYAMPU TU ,SEMUA JENIS RAMBUT BLEH GUNA,

BILA SALAH GUNA, MULA LA RAMBUT GUGUR,

APA2 PUN KENA TAHU KANDUNGAN SYAMPU TU DULU,

SENANG CITE ISI KANDUNGAN LA,

BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA,

PEMILIHAN JENIS SYAMPU AMAT PENTING,

SENANG CITE KALAU RAMBUT BERMINYAK,

KENA GUNA SYAMPU YG KHUSUS TUK RAMBUT BERMINYAK.

DAN SETIAP JENIS RAMBUT YG LAIN, PUN ADA SYAMPU YG KHUSUS UNTUK RAMBUT TERSEBUT,

SELAMA SAYA GUNA SYAMPU NI, RAMBUT MEMANG CANTIK,

CM WAT RAWATAN KT KEDAI.

DAN SESIAPA YG MULA MENGGUNAKANNYA ,

KEPALA CAM TERASA RINGAN DISEBABKAN KANDUNGAN SYAMPU TU YG BAIK DAN BERKUALITI.

RAMBUT YG CANTIK DISEBABKAN,PEMILIHAN SYAMPU YG BETUL,

SYAMPU YG BERUKURAN 250ml HINGGA 300ml,

HARGA ANTARA RM36 HINGGA RM43.

UNTUK INDIVIDUAL PENGGUNAAN BOLAH TAHAN SEHINGGA 6 BULAN DAN LEBIH.

UNTUK BERKELUARGA PENGGUNAAN BOLEH TAHAN SEHINGGA 5 BULAN BERGANTUNG PADA BILANGAN AHLI KELUARGA,

PERTANYAAN BERKENAAN SYAMPU INI,

BOLEH CALL OR SMS DI 012-2769707 ATAU EMAIL: hafsahzainuri@yahoo.com