INFO DARI MAJALAH REMAJA
Tubuh gemuk tidak hanya disebabkan kerana nafsu makan yang berlebihan, namun ternyata mood atau situasi kamu juga turut memainkan peranan.
Kajian yang dilakukan Cornell University menyatakan, orang yang sedang bersedih cenderung mengidap pola makan yang tidak seimbang atau tidak mempedulikan apa yang mereka makan. Namun berbeza dengan orang yang sedang bahagia, mereka jauh lebih selektif memilih makanan yang mereka makan. Para pengkaji meminta 38 responden untuk melihat filem komedi ringan (Sweet Home Alabama) dan filem yang mengalirkan air mata (Love Story). Selain menonton, mereka juga disediakan kudapan yang tinggi garam seperti popcorn mentega dan anggur tanpa biji. Hasilnya, mereka yang menonton “Love Story” makan lebih banyak popcorn (sekitar 36%) berbanding mereka yang melihat filem komedi.
"Mereka yang melihat Sweet Home Alabama lebih banyak menghabiskan waktunya untuk ketawa daripada mengunyah anggur atau popcorn," menurut Brian Wansink, Professor of Marketing, Applied Economics and Management, Cornell University. Mereka yang memiliki mood yang lebih baik boleh memilih jenis makanan yang mereka makan sementara mereka yang moodnya tidak baik cenderung makan apa sahaja mengikut hati.
No comments:
Post a Comment