Wednesday, October 20, 2010

BAKAR KALORI DALAM 1 MINIT

info dari majalah rapi


Bakar Kalori Dalam 1 Minit!


Mungkin program diet yang anda lakukan sekarang ini mengambil masa yang lama untuk mendapatkan bentuk badan yang sesuai. Usah tertekan! Cuba anda variasikan program diet anda dan jangan hanya fokus pada satu program sahaja, sebaliknya anda lengkapi dengan cara mudah ini. Cuba ikuti cara ini. Anda tidak perlu masa yang lama, cukup dengan 1 minit untuk sukses membakar kalori dengan lebih banyak.

1. Jus Kegemaran + Segelas Air

Lengkapkan jus kegemaran anda dengan segelas air. Ini kerana segelas air yang anda minum selepas menikmati jus kegemaran dapat menambahkan kalori yang terbakar. Dengan segelas air, ia mampu membakar 85 kalori lebih banyak. Bayangkan dalam masa satu tahun, anda dapat mengurangkan berat badan sebanyak 2.5kg dengan hanya menambahkan segelas air selepas minum jus buah.

2. Bercakap Di Telefon

Saat anda menerima panggilan telefon, sambil-sambilkan diri anda melakukan aktiviti lain seperti menyiapkan meja untuk makan malam atau menyiram tanaman. Cara ini akan membakar kalori sebanyak 85 – 105 kalori.

3. Teh Hijau Sebelum Senaman

Kandungan kafein yang terdapat dalam teh hijau akan membuatkan lemak dalam tubuh anda ‘membeku’. Malah, ‘polyphenol’ yang ada dalam teh hijau akan bekerjasama dengan kafein untuk membakar kalori. Peringatan! Bagi anda yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, cara ini tidak disarankan kerana kafein akan memburukkan lagi tekanan darah.

4. Makan Tengahari Di Rumah

Dengan makan tengahari di luar rumah sebanyak 5 kali dalam seminggu akan membuatkan anda mengumpul lebih banyak kalori. Bayangkan, ketika anda makan tengahari di luar dalam satu hari, badan anda telah mendapat 300 kalori. Jika anda membawa bekal untuk makan tengahari. Anda boleh menghitung jenis makanan yang dipilih dan jumlah kalori harian anda. Lagipun, membawa makanan sendiri membuatkan anda lebih sihat!.


5. Taburan Biji Rami Atas Bijirin

Seperti yang anda tahu, biji rami atau ‘flaxseed’ kaya dengan serat. Apabila mengambilnya, ia membuatkan anda jarang lapar dan menghadkan kemasukkan kalori yang berlebihan dalam badan. Anda juga boleh taburkan biji rami di atas yogurt atau campuran dalam muffin.

No comments: