Saturday, December 4, 2010

22 November 2010, Tarikh Aku Bergelar Seorang Ibu



Tarikh 22 November 2010, merupakan tarikh yg amat bermakna bagi aku ketika umur 27 tahun,
di mana tarikh tersebut,aku bergelar seorang ibu. Adakalanya cam tak percaya,bagai mimpi di siang hari. hehe. Pabila aku menatap wajah anak aku, lalu terdetik. OH, I'M ALREADY MOTHER.

Masa melahirkan nye,rasa susah sangat, maklum lah anak pertama, mana ada pengalaman.
Pelbagai perasaan di duga, ketika kat bilik bersalin, rasa takut yg teramat sangat, maklumlah mase tu husband tak de kat sebelah, dia kena duk luar. Nasib baik la ada 'nurse2 praktikal' mase tu, boleh la wat tenang hati aku yg ketakutan mase tu, TIMA KASEH DIK.

JAM 1.46pm, aku selamat melahirkan bayi perempuan, walaupun hanya 2.46kg jek,ape pun yg penting selamat.

Setelah ada nya dia dalam hidup kami berdua, terasa lengkap rasa nya, dalam hidup ni.
Wajah seorang BAPA terpancar di muka suami ku. hehe.

Si comel ni,aku berikan nama NUR RUFAIDAH, sempena nama seseorang yg aku kenal.

Ape pun, hargai lah ibu kita,kerana betapa susahnya dia melahirkan kita.

Friday, December 3, 2010

PENJAGAAN MUKA PADA WAKTU MALAM

Penjagaan muka pada waktu malam, amat penting bg setiap wanita,

Antara barang2 yg di perlukan bg mendapatkan kulit yg cantik ialah:

1. Pencuci Muka
2. Penyegar (Toner)
3. Pelembap Muka
4. Krim Mata (Eye Cream)
5. Losyen Pelicin Kulit
6. Krim Jerawat
7. Krim Kedutan (mencegah kedutan terutama di bahagian mata dan dahi)

Penjagaan pada waktu malam ini perlu di amalkan setiap hari,
bagi mendapatkan hasil yg terbaik.

Tuesday, November 16, 2010

Tunggu hari menjadi ibu

Tinggal bape hari jek,
aku bakal melahirkan anak yg pertama,
berdebar2,takut dan macam2 la perasaan sekarang ni,
kalau ikut due 24/11,
tapi rasenye cam awal jek,
maybe 17/11.
kalau 17/11 bertuah la aku,
sebab tu tarikh birthday aku,
harap semua nya ok dan berjalan lancar,
dan baby x de masalah ape2.

amin.

Wednesday, November 10, 2010

PENURUNAN BERAT 3 HINGGA 5 KG

slimming programe

untuk penurunan berat 3 hingga 5kg,

mesti minum 3 kotak,

1 kotak ada 14 peket,

dalam 1 hari minum 2 peket,

cara nya,

pagi - minum 1 peket (selepas minum x leh makan ape2 kecuali buah dan sayur)

lunch - makan nasi cm biasa+ikan+ayam

malam - minum 1 peket (selepas minum x leh makan ape2 kecuali buah dan sayur)

dalam 3 minggu, berat akan turun antara 3kg hingga 5kg,

apabila program slimming ni bermula,

saya akan buat pemantauan, cara pengambilan pemakanan setiap hari.

bagi mendapatkan berat yg di idamkan.

harga untuk 3 kotak rm309

pertanyaan bleh call saya 012-2769707

Tuesday, November 9, 2010

PENJAGAAN MUKA WAKTU PAGI

Penjagaan muka waktu pagi

Mulakan dengan:
1. Pembersih Muka
2. Toner (Penyegar Muka)
3. Moisturiser (Pelembap Muka)
- cari yang ada SPF30++ kerana ia sesuai bagi Orang Kulit Asia
4. Blemish control (ubat jerawat)

Pemilihan bagi pembersih muka, toner dan pelembap muka,
hendaklah bersesuaian dengan jenis kulit, kerana jika salah pilih,
kulit akan menghadapi masalah.

Kebiasaan nya, dalam pemilihan produk yg sesuai,
saya akan lakukan "SCAN" pada kulit customer saya(menggunakan scanner muka),
dari situ,
dapat mengetahui jenis kulit mereka, dan mencadangkan produk yang sesuai dengan kulit mereka.
Produk yg seseuai serta menjimatkan dalam penggunaan.

Pertanyaan boleh hubungi saya di 012-2769707/email:hafsahzainuri@yahoo.com

Thursday, November 4, 2010

Masalah Jerawat & Cara Atasinya

Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja . Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk. Saya boleh memberi beberapa tip dan panduan untuk remaja yang mempunyai masalah jerawat.

1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur sayuran juga mempunyai antioxidan yang tinggi .

2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan

3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.

4. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur .

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk.

Selain itu,cara pengambilan makanan juga penting, kurangkan makanan yang berminyak dan pedas.

Friday, October 29, 2010

Tip Atasi Masalah Keguguran Rambut Bg Wanita Hamil

Masalah keguguran rambut di kalangan wanita selepas bersalin adalah perkara biasa. Ia terjadi akibat perubahan hormon yang berlaku pada wanita selepas bersalin.
Mungkin masalah ini tidak pernah berlaku sebelum anda melahirkan anak dan pastinya ia membuatkan ramai wanita runsing dan bimbang.

Biasanya rambut wanita lepas bersalin akan gugur ketika usia anak mula menganjak dua bulan ke atas. Wanita perlu peka menjaga kesihatan rambutnya kerana jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan rambut wanita menjadi botak.

Untuk menghindari rambut kering dan gugur, beberapa faktor perlu anda ikuti dan amalkan. Antaranya:

Penjagaan
•Penjagaan pemakanan perlu diambil kira. Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga.
•Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
•Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
•Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering/.

Bahan yang sesuai
Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak pencemaran berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar.

Cucian
Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering.

Penggunaan krim
Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban.

Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.

Air suam/jus
Tahukah anda bahawa pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut kita. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya dua liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua wanita.

Thursday, October 28, 2010

Habis RM 17,000 Rawat Rambut

info dari kosmo (26/10/10)
MAHATHIR menunjukkan pakej rawatan rambut yang ditawarkan oleh pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care di George Town semalam.

GEORGE TOWN – Berhabis sehingga RM17,000 bagi merawat masalah rambut, namun hasil yang diperoleh mengecewakan.

Tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care, juruteknik sebuah kilang di sini, Mahathir Taib, 24, memfailkan kesnya ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini pada bulan lepas.

Dalam perbicaraan semalam, Presiden TTPM, Datuk A. Mutalib Mohd. Razak mengarahkan pusat rawatan rambut itu membayar ganti rugi RM1,500 serta memberikan 12 rawatan rambut percuma kepada Mahathir.

Dua wakil Yun Nam Hair Care turut hadir pada perbicaraan itu.

Dalam tuntutannya, Mahathir dari Sungai Petani, Kedah mendakwa tidak berpuas hati selain berasa terpedaya kerana tidak diberi penerangan yang jelas berhubung rawatan yang diterimanya.

Mahathir memberitahu, semasa pertama kali dia berkunjung ke pusat rawatan itu di sebuah pusat beli-belah di Bukit Mertajam dekat sini pada Oktober tahun lalu, dia diberitahu masalah rambutnya boleh dirawat lalu jururunding di situ menawarkan pakej rawatan berharga RM1,500.

Untuk pakej itu, dia menerima 10 kali sesi rawatan rambut menggunakan formula herba termasuk empat botol produk berharga RM216.

Wednesday, October 27, 2010

Tampil Menawan Pada Setiap Peringkat Usia



Produk2 yg baik dapat membantu kulit dgn menggunakan teknik2 pengurusan masa berdaya cipta agar kesan masa pd kulit tidak ketara. Sama ada tahap pertahanan bersifat proakrif, mencegah @ memulih, mulakan sekarang untuk melihat kuliit yg tampak lebih muda.

DALAM USIA 20an

Kulit mula pulih seperti biasa dan mengekalkan lebih keseimbangan. Anda boleh mengekalkan rutin penjagaan kulit tetap anda dgn produk Penghidratan(kulit kering), Pengimbangan (Kulit berminyak). Sebagai langkah pencegahan terhadap penuaan sebelum masanya, dan tambahkan penjagaan kulit anda dengan:

1. Pelembap siang & malam. Cth Losyen/Krim Pelindung Siang @ losyen/ kriim pemulihan Malam.

2. Losyen Pengurang Kedutan (untuk mengatasi garis2 halus@kedutan

DALAM USIA 30an

Anda mula melihat tanda2 penuaan sperti kekeringan,warna tidak sekata, kecerahan yg teruk dan masa pemulihan semakin perlahan. Produk2 ini,yg meningkatkan komunikasi sel dan membantu memperbaiki sendiri untuk mengelakkaan penuaan sebelum masanya, harus menjadi sebahagian daripada rutin tiga langkah anda antaranya membersih, menyegar, melembap. Manakala Pure White boleh di guna untuk menangani perubahan warna kulit. Sebagai contoh, gunakan Pure White untuk siang dan Time defiance untuk malam bg membersih, menyegar dan melembapkan kulit anda. Untuk perlindungan selanjutnya, guna:

1.Serum Pembaikan intensif

2.Losyen Pengurang Kedutan, Rawatan Vitamin C+Keladi.

3.Sari Pencerah kulit

LEWAT 30an HINGGA 40an

Tanda2 penuaan adalah lebih ketara dgn garis2 halus dan kedut-kedut yg lebih jelas.Kulit juga mula hilang keupayaan untuk mengekalkan lembapan dan komunikasi selular musnah. Time defiance dan Pure White harus menjadi rutin 3 langkah anda iaitu membersih, menyegar, melembap dgn penekanan ke atas penjagaan tambahan seperti:

Guna Serm Pembaikan Intensif secara kerap, sekurang-kurangnya setiap 3 bulan,untuk merangsang dan memulihkan sel2 kulit hingga ke tahap yg sihat. Untuk pencegahan lanjut,guna;

1.Rawatan Vitamin C + keladi pd kawasan mata dan bibir.

2.Losyen Pengurang kedutan pd garis2 ekspresi wajah.

3.Sari Pemutihan untuk mengurangkan proses melanogenesis kulit.

4.Pembetul Tompokan Pemutihan untuk mencerahkan tompokan gelap.

5.Krim Asas Penegang Kulit untuk melengkapkan rutin kulit anda dgn kemasa yg sempurna.

Setiap lingkungan usia perlukan penjagaan, Penjagaan yg baik akan dapat kulit yg menarik dan tiada masalah.


Tuesday, October 26, 2010

Panduan Dapatkan Tidur Yang Cukup

Lazimnya, manusia menghabiskan satu pertiga daripada waktu hidupnya untuk tidur. Namun, ada kalanya tidur boleh terganggu disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Sama seperti makanan berkhasiat, anda juga perlukan tidur yang mencukupi. Tidur yang berkualiti adalah faktor penting agar anda kekal bertenaga dalam melakukan aktiviti harian. Sekiranya menghadapi masalah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, ubahlah gaya hidup anda. Mulakanlah pola tidur yang sihat. Ikuti panduan berikut agar anda dapat memulakan hari esok dengan lebih bertenaga.

1. Disiplin
Biasakan tidur mengikut waktu yang tetap setiap hari. Selain itu, anda juga perlu membataskan waktu tidur siang agar tidur malam tidak terganggu. Bagi segelintir orang, hal ini memang diakui agak sukar untuk diamalkan. Namun, bagi mendapatkan tidur yang mencukupi, anda perlu tekad untuk cuba melakukannya.

2. Senaman teratur
Dengan melakukan aktiviti olahraga yang teratur (20 hingga 30 minit seminggu selama tiga hingga empat kali) anda dapat menghilangkan segala ketegangan dan kekusutan yang mungkin dialami. Dengan yang demikian, senaman yang biasa anda lakukan itu sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan tidur yang selesa. Sementara bagi anda yang sering sibuk dengan tugasan harian, cukuplah sekadar melakukan senaman ringan sahaja. Anda boleh lakukannya di waktu pagi ataupun petang hari. Sehubungan itu, elakkan aktiviti berat sebelum tidur. Ini penting kerana aktiviti seperti itu akan membuatkan mata anda kekal segar dan sukar untuk terlelap.

3. Suasana tenang
Wujudkan suasana tidur yang nyaman. Oleh kerana itulah, pastikan bilik tidur anda mempunyai elemen ini. Antara lain, anda juga boleh menimbulkan suasana yang tenang dengan mendengar muzik lembut sambil membaca bahan bacaan ringan. Dalam pada itu, gunakanlah lampu yang malap (lampu tidur) dan bukannya lampu kalimantang yang boleh menerangkan seluruh bilik tidur anda.

4. Jaga perut
Elakkan daripada tidur dengan perut yang terlalu kenyang. Jadi, jangan makan dua jam sebelum waktu tidur. Sehubungan itu, cuba elakkan diri daripada memakan kekacang ataupun buah-buahan yang mengandungi gas. Sebagai contohnya durian. Selain itu, anda juga perlu menghindar kudapan yang mengandungi lemak yang tinggi. Ini kerana makanan seperti itu agak sukar untuk dihadamkan. Begitu juga halnya jika anda terlalu lapar. Keadaan sedemikian, secara tidak langsung boleh mengganggu tidur. Untuk itu, sebelum tidur, makanlah buah-buahan rendah kalori seperti oren, epal dan lain-lain lagi.

5. Tenangkan perasaan
Elak terlalu banyak berfikir sebelum tidur. Oleh kerana itulah, anda perlu relaks sebelum masuk tidur. Untuk mengurangkan tekanan, anda digalakkan untuk melakukan teknik meditasi ataupun mengamalkan senaman pernafasan.

6. Alat bantu tidur
Bagi mengelakkan diri daripada berhadapan dengan gangguan tidur, anda bolehlah memakai eye mask yang berguna untuk menghalang sinaran cahaya. Selain daripada itu, penyumbat telinga juga perlu bagi mengelakkan bunyi bising.

7. Wangian

Gunakan teknik bau-bauan (aromaterapi). Ini dapat dilakukan dengan menitiskan beberapa titis minyak aromaterapi ke dalam bekas yang berisi air lalu dibakar untuk membangkitkan bau wangi yang dihasilkan daripada minyak tersebut. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan kaedah menitiskan minyak aromaterapi ke atas sapu tangan dan diletakkan bersebelahan bantal tidur anda. Kaedah-kaedah ini secara tidak langsung dapat membuatkan anda tenang dan seterusnya tidur dengan lebih lena.

8. Bantal yang bagus
Salah satu elemen yang mempengaruhi keamanan tidur adalah bantal. Jadi, jangan sampai anda mengalami masalah “tersalah bantal”. Untuk itu, anda perlu lebih teliti dalam memilih bantal bersesuaian. Memandangkan terdapat beberapa ukuran standard untuk bantal yang terdapat di pasaran, pilihlah bantal yang sesuai dengan anda.

9. Gaya tidur
Posisi tidur memainkan turut memainkan peranan dalam memastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Oleh kerana itulah, anda perlu mengamalkan gaya tidur yang baik. Posisi tidur yang betul ialah posisi tulang belakang dan tulang leher adalah selari.

10. Kualiti bukan kuantiti
Tidak menjadi hal jika anda hanya mampu tidur lima jam sahaja sehari. Apa yang penting ialah setelah terjaga daripada tidur, anda dapat rasakan kesegarannya.

Info dari majalah Pa&Ma

Monday, October 25, 2010

MOOD & KEGEMUKKAN


INFO DARI MAJALAH REMAJA

Tubuh gemuk tidak hanya disebabkan kerana nafsu makan yang berlebihan, namun ternyata mood atau situasi kamu juga turut memainkan peranan.

Kajian yang dilakukan Cornell University menyatakan, orang yang sedang bersedih cenderung mengidap pola makan yang tidak seimbang atau tidak mempedulikan apa yang mereka makan. Namun berbeza dengan orang yang sedang bahagia, mereka jauh lebih selektif memilih makanan yang mereka makan. Para pengkaji meminta 38 responden untuk melihat filem komedi ringan (Sweet Home Alabama) dan filem yang mengalirkan air mata (Love Story). Selain menonton, mereka juga disediakan kudapan yang tinggi garam seperti popcorn mentega dan anggur tanpa biji. Hasilnya, mereka yang menonton “Love Story” makan lebih banyak popcorn (sekitar 36%) berbanding mereka yang melihat filem komedi.

"Mereka yang melihat Sweet Home Alabama lebih banyak menghabiskan waktunya untuk ketawa daripada mengunyah anggur atau popcorn," menurut Brian Wansink, Professor of Marketing, Applied Economics and Management, Cornell University. Mereka yang memiliki mood yang lebih baik boleh memilih jenis makanan yang mereka makan sementara mereka yang moodnya tidak baik cenderung makan apa sahaja mengikut hati.

Sunday, October 24, 2010

MASALAH RAMBUT

SETIAP ORANG MEMPUNYAI RAMBUT YG BERBEZA,

TERUTAMA DARI SEGI JENIS,

ADA YG BERMINYAK,KERING,KELEMUMUR,BERCABANG,NIPIS DAN TEBAL.

PADA SAYA,TAK SEMUA SYAMPU TU ,SEMUA JENIS RAMBUT BLEH GUNA,

BILA SALAH GUNA, MULA LA RAMBUT GUGUR,

APA2 PUN KENA TAHU KANDUNGAN SYAMPU TU DULU,

SENANG CITE ISI KANDUNGAN LA,

BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA,

PEMILIHAN JENIS SYAMPU AMAT PENTING,

SENANG CITE KALAU RAMBUT BERMINYAK,

KENA GUNA SYAMPU YG KHUSUS TUK RAMBUT BERMINYAK.

DAN SETIAP JENIS RAMBUT YG LAIN, PUN ADA SYAMPU YG KHUSUS UNTUK RAMBUT TERSEBUT,

SELAMA SAYA GUNA SYAMPU NI, RAMBUT MEMANG CANTIK,

CM WAT RAWATAN KT KEDAI.

DAN SESIAPA YG MULA MENGGUNAKANNYA ,

KEPALA CAM TERASA RINGAN DISEBABKAN KANDUNGAN SYAMPU TU YG BAIK DAN BERKUALITI.

RAMBUT YG CANTIK DISEBABKAN,PEMILIHAN SYAMPU YG BETUL,

SYAMPU YG BERUKURAN 250ml HINGGA 300ml,

HARGA ANTARA RM36 HINGGA RM43.

UNTUK INDIVIDUAL PENGGUNAAN BOLAH TAHAN SEHINGGA 6 BULAN DAN LEBIH.

UNTUK BERKELUARGA PENGGUNAAN BOLEH TAHAN SEHINGGA 5 BULAN BERGANTUNG PADA BILANGAN AHLI KELUARGA,

PERTANYAAN BERKENAAN SYAMPU INI,

BOLEH CALL OR SMS DI 012-2769707 ATAU EMAIL: hafsahzainuri@yahoo.com

Saturday, October 23, 2010

BULU MATA

Bulu mata indah mempesona

Solekan bukan lagi satu perkara yang membebankan, malah sudah menjadi sebahagian daripada keperluan setiap wanita. Namun, untuk mendapatkan wajah yang ‘lengkap’ dengan penggunaan solekan yang ringkas, maskara memainkan peranan. Hal ini terjadi kerana maskara yang akan memberi ilusi cantik pada mata kamu. Jadi, ingin mengetahui apakah rahsia kecantikan maskara? Ikuti panduan yang disenaraikan di bawah ini. mata kamu. Jadi, ingin mengetahui apakah rahsia kecantikan mascara? Ikuti panduan yang disenaraikan di bawah ini:


Cara pakai

1. Sapukan maskara pada bahagian atas dan dalam bulu mata terlebih dahulu. Oles daripada akar bulu mata.

2. Kemudian, sapu maskara melalui bahagian atas bulu mata. Ini bertujuan untuk memanjangkan lagi bulu mata.

3. Seterusnya, oles mascara di bahagian bulu mata bawah. Gunakan cara zig zag dan menegak.

Cara bersih

1. Mula-mula, gunakan ‘makeup Kemudian, sapu pada remover’ yang telah bahagian dititiskan pada kapas muka dan sapu dari tepi mata ke bahagian dalam.

2. Kemudian, sapu pada bahagian dalam. atas diikuti bawah.


Jenis-jenis maskara:

1. Menebalkan (thickening mascara)
Bagi wanita yang memiliki bulu mata panjang dan tidak tebal atau bulu mata pendek tetapi lentik, maskara jenis ini dapat membantu.


2. Melentik (curling mascara)

Pilih berus maskara berbentuk melengkung kerana bulu mata lentik boleh terbentuk dengan berus yang tepat dan lengkungan yang sempurna.

3. Kesan panjang (lengthening mascara)

Jenis maskara ini mengandung plastic polymers yang akan melekat pada hujung bulu mata.

Masakara yang dijual di pasaran:

1. Non-waterproof mascara
Maskara ini mengandung formula yang tidak tahan air dan mudah luntur. Tetapi maskara begini ada kelebihannya iaitu mudah dibersihkan. Oleh itu, ia amat sesuai untuk Muslimah yang mementingkan kecantikan dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan kewajipan solat lima kali sehari. Mengandungi formula tahan air. Jadi, gunakan ‘eye makeup remover’ atau ‘baby oil’ untuk menanggalkan mascara ini. Maskara begini sesuai digunakan oleh para gadis ketika datang bulan supaya kamu tidak perlu memakainya berulang kali. Hanya perlu membersihkannya setelah pulang ke rumah.


2. Waterproof mascara
Mengandungi formula tahan air. Jadi, gunakan ‘eye makeup remover’ atau ‘baby oil’ untuk menanggalkan mascara ini. Maskara begini sesuai digunakan oleh para gadis ketika datang bulan supaya kamu tidak perlu memakainya berulang kali. Hanya perlu membersihkannya setelah pulang ke rumah.

Selain itu, pembersihan pada mata dan bibir amat penting, terutama selepas guna lipstik atau maskara serta eyeshadow. Jika tidak dibersihkan, bibir cepat rasa kering dan merekah. Pada bahagian mata pula, kelihatan comot jika tidak di bersihkan.

Eye & Lip Makeup remover,120ml harga rm61,

Sangat menjimatkan,penggunaan tahan hingga 6 bulan Bergantung pada penggunaan seseorang.

Maskara dan lipstik mudah di bersihkan dengan adanya Eye & Lip Make up Remover ni,

Pertanyaan boleh email hafsahzainuri@yahoo.com / 012-2769707