Friday, October 22, 2010

KUIH KETAYAP



hari ni buat kuih lagi, seronok sangat bila kuih ni berjaya,hehe.
aku buat kuih ketayap jek,
biasa beli je kuih ni,kali ni buat sendiri la,puas makan.

ni bahan2 dan cara2 nya.


Bahan inti:
150 gm gula merah
¾ cawan air
½ biji kelapa parut
garam
daun pandan

1 cawan tepung gandum
1 ½ cawan santan
1 biji telur
2 helai daun pandan

caranya:

Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Masukkan sedikit tepung gandum agar inti ini melengas. Angkat dan ketepikan. Untuk kulitnya, masukkan tepung gandum dan telur di dalam mangkuk. Kemudian masukkan santan dan kacau hingga sebati. Jika suka bolehlah dimasukkan air daun pandan. Tapis adunan ini. Panaskan kuali yang telah dilengser dengan sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Buat sehingga selesai semuanya. Kemudian ambil kuih dadar tadi dan masukkan inti di tengah-tengahnya. Kemudian lipatkan bahagian atas dan bawah lalu gulung ketayap kemas-kemas. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.

CUBA LAH BUAT KUIH NI.

Thursday, October 21, 2010

Kesihatan Gigi Perlu Di jaga Bagi Wanita Hamil

info dari majalah Pa & Ma

Sebelum hamil

Kata orang-orang tua, setiap kali mengandung, ibu akan hilang sebatang giginya. Kenyataan ini sama sekali tidak berasas. Jika ibu hamil mengamalkan penjagaan gigi yang baik, sudah tentu isu gigi hilang dapat dihindari. Oleh kerana itulah, mana-mana wanita yang mengalami masalah gigi sewaktu hamil perlu tahu ia berlaku akibat kesalahan diri sendiri. Sebenarnya masalah berkaitan gigi sewaktu hamil berlaku kesan pengabaian penjagaan gigi sebelum hamil lagi.

Puncanya sebelum hamil

Sekiranya sebelum hamil anda tidak menitikberatkan penjagaan kesihatan gigi, masalah gigi yang sedia ada akan jadi lebih teruk setelah hamil. Ini kerana kestabilan hormon dalam badan berubah sewaktu hamil. Perubahan yang berlaku menyebabkan gusi sangat sensitif terhadap karang gigi yang sememangnya sedia wujud.

Setelah hamil, tindak balas antara hormon dan karang gigi menyebabkan gusi bengkak. Ramai ibu hamil yang mengalami masalah sebegini menyalahkan hormon sebagai penyebabnya. Namun, hakikatnya karang gigi adalah penyebab utama gusi menjadi bengkak.

Jadi, apa-apa sahaja masalah yang berlaku pada gigi sewaktu hamil berpunca daripada karang gigi dan tabiat buruk sebelum hamil. Jika keadaan gigi sebelum hamil bersih dan tiada karang gigi, perubahan hormon tidak berupaya menyebabkan gusi menjadi bengkak. Untuk itu, anda digalakkan melakukan pemeriksaan gigi yang kerap bagi mengekalkan keadaan gusi sihat yang optimum.

Pregnancy tumor
Masalah ini selalu terjadi pada kawasan yang ada banyak karang gigi. Kawasan yang terlibat boleh membengkak sehingga membentuk tumor. Sekiranya masalah ini terjadi, dapatkan rawatan doktor segera.

Dalam sesetengah keadaan, bengkak yang dialami akan surut selepas dicuci. Namun, ada juga yang perlu menjalani pembedahan. Cucian sahaja tidak mencukupi sehingga bahagian terlibat terpaksa dipotong.

Apabila hormon kembali stabil, masalah ini akan hilang. Namun, ia tetap perlu diberi rawatan kerana anda mungkin tidak selesa berhadapan dengan masalah ini terutamanya apabila makanan ataupun berus gigi tersentuh bahagian berkenaan, kawasan tersebut akan berdarah.

Kesan pada kandungan
Salah satu masalah kesihatan gigi yang boleh meninggalkan kesan kepada kandungan ialah periodontitis. Masalah ini terjadi apabila kesemua struktur sokongan gigi bengkak sehingga bernanah.

Apabila berlaku jangkitan, ada kajian membuktikan bahawa badan akan membentuk prostaglandin iaitu sejenis asid amino. Jika terlalu banyak prostaglandin terhasil, ia akan menyebabkan otot mengecut. Ini sekali gus boleh menyebabkan anda mengalami kontraksi awal sehingga boleh melahirkan anak pra matang. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan risiko kelahiran bayi kurang berat badan.

Kajian berkenaan juga menunjukkan ramai ibu yang menghidap periodontitis mengalami pre eklampsia. Jika ini berlaku, anda mungkin ditahan di hospital dan perlu dipantau setiap masa. Ini bagi mengelakkan kes bayi lahir pra matang.


Semua rawatan boleh
Ketahuilah, semua rawatan pergigian boleh dilakukan ketika anda hamil. Tidak kiralah sama ada ia tampalan, cabutan, cucian, scaling, polishing ataupun rawatan akar. Namun, rawatan yang perlu memakan masa yang lama seperti bridge, crown dan pembedahan tidak begitu digalakkan. Ini kerana anda perlu berbaring lama sehingga menimbulkan ketidakselesaan.

Ada sesetengah doktor tidak begitu gemar melakukan rawatan akar kerana keperluan mengambil x-ray. Walau bagaimanapun, x-ray hanya tidak selamat pada bulan pertama hingga ketiga kehamilan sahaja. Selepas tempoh itu, ia masih selamat asalkan ada perlindungan. Begitu juga dengan rawatan pemutihan. Ini kerana ia melibatkan bahan kimia. Apa-apa sahaja rawatan yang perlu menggunakan ubatan tidak begitu digalakkan.
Antara lain, apa-apa sahaja jenis suntikan sangat tidak digalakkan ketika ibu mendapatkan rawatan terutamanya ketika usia kandungan antara lapan atau sembilan bulan. Ini kerana suntikan memungkinkan ibu mengalami kontraksi awal.

Wednesday, October 20, 2010

BAKAR KALORI DALAM 1 MINIT

info dari majalah rapi


Bakar Kalori Dalam 1 Minit!


Mungkin program diet yang anda lakukan sekarang ini mengambil masa yang lama untuk mendapatkan bentuk badan yang sesuai. Usah tertekan! Cuba anda variasikan program diet anda dan jangan hanya fokus pada satu program sahaja, sebaliknya anda lengkapi dengan cara mudah ini. Cuba ikuti cara ini. Anda tidak perlu masa yang lama, cukup dengan 1 minit untuk sukses membakar kalori dengan lebih banyak.

1. Jus Kegemaran + Segelas Air

Lengkapkan jus kegemaran anda dengan segelas air. Ini kerana segelas air yang anda minum selepas menikmati jus kegemaran dapat menambahkan kalori yang terbakar. Dengan segelas air, ia mampu membakar 85 kalori lebih banyak. Bayangkan dalam masa satu tahun, anda dapat mengurangkan berat badan sebanyak 2.5kg dengan hanya menambahkan segelas air selepas minum jus buah.

2. Bercakap Di Telefon

Saat anda menerima panggilan telefon, sambil-sambilkan diri anda melakukan aktiviti lain seperti menyiapkan meja untuk makan malam atau menyiram tanaman. Cara ini akan membakar kalori sebanyak 85 – 105 kalori.

3. Teh Hijau Sebelum Senaman

Kandungan kafein yang terdapat dalam teh hijau akan membuatkan lemak dalam tubuh anda ‘membeku’. Malah, ‘polyphenol’ yang ada dalam teh hijau akan bekerjasama dengan kafein untuk membakar kalori. Peringatan! Bagi anda yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, cara ini tidak disarankan kerana kafein akan memburukkan lagi tekanan darah.

4. Makan Tengahari Di Rumah

Dengan makan tengahari di luar rumah sebanyak 5 kali dalam seminggu akan membuatkan anda mengumpul lebih banyak kalori. Bayangkan, ketika anda makan tengahari di luar dalam satu hari, badan anda telah mendapat 300 kalori. Jika anda membawa bekal untuk makan tengahari. Anda boleh menghitung jenis makanan yang dipilih dan jumlah kalori harian anda. Lagipun, membawa makanan sendiri membuatkan anda lebih sihat!.


5. Taburan Biji Rami Atas Bijirin

Seperti yang anda tahu, biji rami atau ‘flaxseed’ kaya dengan serat. Apabila mengambilnya, ia membuatkan anda jarang lapar dan menghadkan kemasukkan kalori yang berlebihan dalam badan. Anda juga boleh taburkan biji rami di atas yogurt atau campuran dalam muffin.

Badan Langsing Jadi Umpan

info dari kosmo
20/10/2010

KUALA LUMPUR – Taktik pemasaran licik yang dijalankan oleh pusat-pusat pelangsingan badan menjadi punca ramai wanita mudah terjerat untuk melanggan pakej menguruskan badan yang ditawarkan walaupun hasilnya belum tentu terjamin.

Keadaan itu dikuatkan lagi dengan pelbagai kisah menarik individu-individu termasuk golongan artis yang berjaya menurunkan berat badan dalam masa yang singkat sehingga menimbulkan keinginan individu lain untuk turut mencuba.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah berkata, pengguna perlu sedar bahawa pusat-pusat rawatan pelangsingan menggunakan pelbagai taktik untuk memikat pelanggan sedangkan hasilnya tidak seperti yang digembar-gemburkan.

“Pengguna juga mesti ingat pusat-pusat ini juga menggunakan perkhidmatan peguam untuk menuntut bayaran sebaik sahaja perjanjian ditandatangani oleh pengguna,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sehubungan itu, beliau mahu pengguna sedar bahawa tiada cara mudah dan cepat dalam rawatan pelangsingan badan.

Menurut beliau, pengguna jangan mudah terpengaruh kepada testimoni-testimoni keberkesanan rawatan pelangsingan individu lain seperti yang banyak disiarkan di media cetak dan elektronik.

Tuesday, October 19, 2010

GAGAL KURUSKAN PELANGGAN

Sumber dari kosmo (19/10/2010)
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN

MELAKA - Sebuah pusat rawatan kecantikan di sini diarah membayar ganti rugi dengan memberikan 23 kali rawatan kecantikan kepada seorang pelanggannya kerana gagal mendapat bentuk badan sebagaimana yang dijanjikan.

Ganti rugi tersebut termasuk 10 kali rawatan membalut, 10 kali rawatan badan menggunakan mesin dan tiga kali rawatan muka secara percuma ke atas Ong Bing Hong, 46.

Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Datuk A. Mutalib Mohd. Razak berkata, keputusan itu dimaklumkan oleh TTPM kepada dua wakil Marie France Bodyline Sdn. Bhd. yang menawarkan pakej berkenaan.

Sementara itu, Bing Hong yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat tayar di sini berkata, pada mulanya dia dikehendaki membayar sebanyak RM11,600 untuk dua pakej rawatan menguruskan badan dengan setiap satu pakej berharga RM5,800.

"Semasa perbincangan, pusat rawatan kecantikan itu memberi jaminan bahawa berat badan yang mencecah 71 kilogram akan dapat diturunkan kepada 60 kilogram jika mengambil pakej berkenaan,'' katanya kepada pemberita semalam.

Menurutnya, selepas membayar RM5,800 untuk pakej pertama pada 18 Mac lalu, dia memulakan rawatan sesi pertama pada hari yang sama.

"Bagaimanapun, belum selesai rawatan pakej pertama, saya ditawarkan pula pakej ketiga dan perlu menambah RM4,130 lagi jika mahu menurunkan berat badan kepada 55 kilogram,'' katanya.

Monday, October 18, 2010

MASALAH BERJERAWAT DI BADAN !!!!

JERAWAT DI BADAN!!!!!

DGR CM PELIK, TP ADA GAK ORG YG MENGALAMI MASALAH NI..

PUNCA MASALAH CM NI BERLAKU,

ADALAH DISEBABKAN TOKSIK DALAM BADAN YG BANYAK,

BILA ADA TOKSIK, KULIT BADAN AKAN MENGELUARKAN SESUATU,

SERUPA CM JERAWAT,

TU SEBENARNYA,JERAWAT BADAN..

BILA ADA JERAWAT DI BADAN, KULIT BADAN NAMPAK X MENARIK..

SELAIN TU PEMILIHAN BODY SYAMPU PENTING SEBENARNYA,

TERUTAMA DARI SEGI PAKAI BODY SYAMPU,

KDG2 BODY SYAMPU,HARAPKAN BAU JE HARUM..

TP KUALITI NYE KITE TAK TAHU,

MASALAH NI ADA JALAN PENYELESAIAN NYE,

KENA GUNA BODY SYAMPU YG MENGANDUNGI KANDUNGAN MADU,

Mengapa Madu?

kerana ia mengandungi:

  • Ia adalah humektan semula jadi.
  • Ciri-ciri antibakteria semula jadi.
  • Mengandungi Vitamin B6, C, Tiamin, Riboflavin and Niasin.
  • Mengandungi antioksidan dan asid amino.
  • Sesuai untuk kulit remaja dan seisi keluarga.

KULIT YG MENARIK,BERMULA DARI PEMILIHAN YG BETUL..

SELAIN KULIT MUKA,KULIT BADANPUN PERLU JAGA JUGA.

harga Body Syampu hanya RM38 je, penggunaan hanya sedikit sahaja,

sangat menjimatkan.

Pertanyaan oleh call di 012-2769707 @ email: hafsahzainuri@yahoo.com

Sunday, October 17, 2010

KULIT KERING?? USIA 15 TAHUN KENA JAGA KULIT MUKA

KULIT KERING??? USIA 15 TAHUN KENA JAGA KULIT MUKA???

BILA KITA MENINGKAT REMAJA,

KECANTIKAN SEMEMANGNYE PERLU DI JAGA,

TERUTAMANYA KECANTIKAN KULIT,

DI USIA UMUR BERAPA KITA PERLU JAGA KECANTIKAN ???

SEBENARNYA,DI USIA 15 TAHUN KITA PERLU JAGA KECANTIKAN,

ADA ORANG KATA NAK MELAWA LA TU…

SEBENARNYA BUKAN TUK MELAWA,

KALAU KITA TAK MULA DI USIA 15 TAHUN,

APABILA KITA BERADA DI USIA 20 aN, MUKA CEPAT NAMPAK KEDUT,

SEBAB KITA TAK PERNAH JAGA, RUPA PARAS YG TUHAN BERIKAN.

TANDA2 MUKA NAMPAK KEDUT,

PD ORG YG KULIT KERING,CUBA SENYUM,

KEDUT AKAN NAMPAK DI TEPI BIBIR DAN TEPI MATA,

MEMANGLA ORG YG KULIT KERING NI X DA JERAWAT,

TP MUKANYA CEPAT KEDUT,

UNTUK MENGATASI NYA, ADA CARANYA..

KENA GUNA SET PENJAGAAN YG KHAS TUK KULIT KERING,

SET PENJAGAAN INI, TERDAPAT PENCUCI,TONER DAN PELEMBAP.

CARA PENGGUNAAN YG BETUL, SETAHUN BARU HABIS.


PERTANYAAN CALL 012-2769707 ATAU EMAIL:hafsahzainuri@yahoo.com



Saturday, October 16, 2010

Leganya dah lengkap barang baby

Lega skit barang2 baby banyak yg dah beli,
pening juga cari barang baby,
maklumlah tak da pengalaman,hehe.
apepun, nasib baik dapat husband yg memahami,
maklumla, aku kalau pilih barang2 ni leceh dan cerewet,
last2,dia yg pilih semua barang baby,
aku ikut je la,
excited juga mase beli barang baby,
banyak sangat pilihan,hehe.

nasib baik ada pn Haziriah(kak long-kakak ipar) banyak nye tips yg di berikan,
dan banyak sangat barang yg di kasinye, time kasih kak long.

mak aku pulak,banyak barang yg nak dibuat nye, nak wat bengkung zaman dulu la,
walaupun aku ada bengkung moden,
maybe sebab cucu pertama kut.hehe

aku jenis tak kisah,ikut jek kata dia,
semua tu ada hikmah nye dan kebaikan tuk aku,

sekarang ni, tinggal nak packing barang aku dan baby jek,
lepas tu siap la tugas aku,

apepun, time kaseh pada kawan2 aku yg ambil berat pada keadaan aku yg terboyot2 ni,
byk betol tips2 yg korang kasi, aku amat menghargai sangat2.

harap masa bersalin nanti berjalan dgn lancar.

amin

Friday, October 15, 2010

Kelebihan Aloe Vera


Aloe vera merupakan tumbuhan yang mampu merawat luka-luka kecil dan akne hingga melembapkan kulit yang kering akibat dimamah cuaca, kegunaan aloe vera adalah pelbagai. Dianggap sebagai tumbuhan terapiutik sejak zamanberzaman, faedah-faedah aloe vera yang banyak kini dimanfaatkan.

  • Diperolehi daripada 100% Daun Aloe Vera yang asli, satu daripada daun yang terbaik boleh didapat.
  • Ditambah dengan gliseril yang memberikan gel yang lebih pekat, kandungan tahap pelembapan, emolien yang lebih tinggi dan menstabilkan jus aloe vera dalam struktur gel
  • Antikeradangan, antibakteria dan melegakan kesakitan – berkesan untuk kulit melecur, luka-luka kecil dan juga jerawat.
  • Mempercepatkan pertumbuhan dan pertumbuhan semula sel untuk penyembuhan kulit
  • Diserap dengan cepat ke dalam kulit untuk meningkatkan lembapan; menjadikan kulit lembut, licin dan terasa nyaman
  • Keterlarutan air yang hebat; tidak berminyak

Aloe vera berbentuk gel ni,hanya berharga rm 45,jika berminat oleh hubungi saya di 012-2769707 @ email di: hafsahzainuri@yahoo.com.


Wednesday, October 13, 2010

MASALAH 'SEMBELIT'

Pengenalan

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran
untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap
orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh
amalan pemakanan yang tidak baik.
Tanda dan Gejala

Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang
mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
• Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan
kering.
• Perut kembung, kejang atau sakit.
• Kurang selera makan.
• Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan
apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan
ketidakselesaan.
• Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-Sebab

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan
semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya
akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke
rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap. Sembelit berlaku apabila
kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab
menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan
menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
• Kurang serat dalam diet.
• Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
• Pengubatan.
• Susu.
• Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar.
• Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan
pengembaraan.
• Penyalahgunaan julap.
• Menahan untuk membuang air besar.
• Kekurangan air.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah dengan kolon dan rektum.
• Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Rawatan
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan
meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan
meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
• Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
• Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
• Anda dalam kesakitan.
• Anda mendapati najis anda berdarah.
Pencegahan
Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
• Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan
sayuran.
• Minum banyak air.
• Lakukan senaman secara berkala.
• Jangan menahan untuk membuang air besar.
• Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut
individu.

Selain itu, terdapat juga supplement yang membantu dalam menangani masalah sembelit, dengan cara pengambilan supplement ini, masalah ini boleh di atasi kerana kandungannya mengandungi dari makanan-makanan berserat seperti jagung ,oat,kacang dan sebagainya.

sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 012-2769707 atau email hafsahzainuri@yahoo.com

Tuesday, October 12, 2010

popiah goreng


terase nak makan popiah goreng, tp malas nak gi beli.
kalau beli tak puas makan lak, cuba la wat,lagi pun x susah sgt.

bahan-bahan:
1. kulit popiah
2. 1 biji bawang merah
3. 2 biji cilipadi
4. secubit garam




cara-caranye:
1. hancurkan sardin
2. hiris bawang merah
3. hiris cili padi.
4. campurkan sardin yg telah di hancurkan bersama semua hirisan dan garam.
5. kemudian,letak sedikit diatas kulit popiah dan gulung.
6. goreng gulungan tersebut.
7. dihidangkan

cube la,senang je ni

Monday, October 11, 2010

GASTRIK

Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang

masalah seperti ini boleh di pulihkan,
supplement yang berunsurkan organik,mampu dalam memulihkan penyakit gastrik ni.

ingin mengetahui mengenai supplement tersebut boleh email saya di hafsahzainuri@yahoo.com, call di 012-2769707

Sunday, October 10, 2010

kuih lapis


tetiba,teringin lak nak makan kuih lapis,
nak gi beli malas,
try la buat kuih tu walaupun tak pernah buat,
hehe,
akhir nya jadi gak kuih tu,

bahan-bahan:
1. 1/2 cawan tepung beras
2. 1/2 cawan tepung gandum
3. 1/2 cawan gula pasir (bergantung pd seseorang)
4. 2 cawan santan
5. 1 sudu tepung sagu atau tepung ubi.
6. pewarna merah merah
7. 1/2 sudu teh garam


caranya:
1. Campurkan semua bahan kecuali pewarna.
2. Kemudian bahagi 2 campuran tersebut.
3. 1 bahagian di warnakan merah dan 1 bahagian lg tak berwarna.
4. Kemudian kukus selapis-selapis.
5. Setiap lapis dalam 5 minit
6. Kemudian, dihidangkan.

seronok sgt bila berjaya buat kuih ni.