Cara yang terbaik untuk memastikan kita mempunyai tenaga yang cukup dalam menjalani tugas-tugas harian ialah dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini adalah kerana ia dapat memberikan kita nutrien untuk penghasilan tenaga yang optimum. Sebagai contoh, kacang soya dapat membekalkan protein untuk penjanaan tenaga. Terdapat pendapat mengesyorkan bahawa kita perlu memakan 9-13 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari. Ini adalah kerana setiap warna mengandungi nutrien yang dapat memberikan satu siri yang dapat memberikan manfaat pada kesihatan.
Tidak ramai di antara kita yang memakan 9-13 set hidangan seperti yang disebutkan di atas. Alasannya mungkin kerana ianya terlalu banyak. Apa yang pasti, disebabkan alasan itulah juga, ramai di antara kita tidak dapat nutrien yang cukup dalam diet harian. Maka muncullah gejala kelesuan tubuh badan, tekanan darah rendah dan sebagainya dalam usia yang sangat muda. Penyelidikan telah membuktikan bahawa diet (pemakanan) yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik. Ramai golongan yang bijak pandai telah menyedari hakikat ini dan wujudlah konsep supplement untuk pemakanan harian.
Pernahkah anda dengar kata-kata "Makan sayur tu" yang mungkin selalu dikatakan oleh seorang ibu kepada anaknya. Mungkin intiusi seorang ibu terhadap kesihatan anak-anaknya adalah tinggi. Apa yang pasti, kita semua renungkanlah sendiri akan kepentingannya. Mungkin ada di antara kita yang makan buah-buahan dan sayur-sayuran, tetapi adakah ia sudah mencukupi untuk kehidupan harian kita yang sering terdedah dengan pencemaran? Ingin berkongsi rahsia supplement dalam pemakanan harian, hubungilah saya di 012-2769707 atau 012-7792757. Tiada bayaran yang akan dikenakan kerana kami hanya ingin berkongsi ilmu dan pendapat..
No comments:
Post a Comment