Wednesday, October 13, 2010

MASALAH 'SEMBELIT'

Pengenalan

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran
untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap
orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh
amalan pemakanan yang tidak baik.
Tanda dan Gejala

Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang
mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
• Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan
kering.
• Perut kembung, kejang atau sakit.
• Kurang selera makan.
• Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan
apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan
ketidakselesaan.
• Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-Sebab

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan
semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya
akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke
rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap. Sembelit berlaku apabila
kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab
menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan
menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
• Kurang serat dalam diet.
• Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
• Pengubatan.
• Susu.
• Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar.
• Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan
pengembaraan.
• Penyalahgunaan julap.
• Menahan untuk membuang air besar.
• Kekurangan air.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah dengan kolon dan rektum.
• Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Rawatan
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan
meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan
meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
• Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
• Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
• Anda dalam kesakitan.
• Anda mendapati najis anda berdarah.
Pencegahan
Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
• Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan
sayuran.
• Minum banyak air.
• Lakukan senaman secara berkala.
• Jangan menahan untuk membuang air besar.
• Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut
individu.

Selain itu, terdapat juga supplement yang membantu dalam menangani masalah sembelit, dengan cara pengambilan supplement ini, masalah ini boleh di atasi kerana kandungannya mengandungi dari makanan-makanan berserat seperti jagung ,oat,kacang dan sebagainya.

sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 012-2769707 atau email hafsahzainuri@yahoo.com

No comments: