Friday, January 15, 2016

PAKEJ FACIAL BASIC

PAKEJ FACIAL BASIC  2016

Untuk semua jenis kulit (berjerawat,kering,sensitif dan etc)
2 masker
vitamin C (bukan yg cucuk tu ye)
harga: rm88
masa: 60 minit (bergantung pd masalah kulit)
lokasi kedai: Peringgit, Melaka.

facial hanya secara temujanji ye, so buat temujanji anda dgn saya dulu sebelum dtg
Pertanyaan whatsapp/wechat 0122769707

* sebelum facial, saya akan scan kulit dulu ye,untuk dapatkan jenis kulit anda.
* semasa facial,kulit akan di steam,supaya kulit lebih lembut dan memudahkan pembersihan dilakukan.
* picit jerawat ada tekniknya ye,so memang tak sakit.


so JANGAN LUPA BUAT TEMUJANJI ANDA DGN SAYA.

Tuesday, January 7, 2014

PAKEJ FACIAL 2014 ( PERINGGIT MELAKA)


PAKEJ FACIAL 2014 
LOKASI : PERINGGIT, MELAKA
FACIAL ( RAWATAN MUKA ) HANYA SECARA TEMUJANJI
PERTANYAAN SMS/CALL/ WHATSAPP/WECHAT 012-2769707











Tuesday, November 27, 2012

KELAS FACIAL PADA 22 / 09/ 2012


KELAS FACIAL PADA 22 /09/2012,
SEMUA PESERTA DI MINTA MELAKUKAN FACIAL PADA SEBELAH MUKA DAHULU UNTUK MELIHAT PERBEZAANNYA.






LIHAT GAMBAR MUKA PESERTA DI ATAS, LIHAT BAHAGIAN KIRI, BAHAGIAN KIRI FACIAL TELAH DI LAKUKAN, BAHAGIAN KIRI KULIT LEBIH CERAH SEDIKIT,WARNA JERAGAT PUDAR ,BAWAH MATA KURANG KEDUTAN DAN PIPI NYA NAIK SEDIKIT 
(LIFT UP) SERTA TIDAK KENDUR.

Saturday, June 23, 2012

Penjagaan Muka Waktu Malam

Cara - cara Penjagaan Muka waktu Malam
1. Pencuci Muka
2. Penyegar (Toner)
3. Krim Malam (untuk Pemutih)
4. Krim pelicin (merawat dan Memutihkan kulit)
5 .Krim Mata (untuk kurangkan sembap dan kedutan bawah mata)
6. Losyen pelicin kulit dan cegah kedutan.
7. Pelembap
8. krim jerawat (titiskan di bahagian jerawat )
Tips2 ini perlu di amalkan setiap malam, seeloknya sebelum tidur, kerana waktu tidur ada sel2 kita berehat,dan ada juga sel2 yg bekerja (memperbaiki kulit kita). penjagaan yg sempurna menyebabkan risiko untuk muka kelihatan tua dan berkedut kurang. 
 
pertanyaan,

berminat salah satu losyen di atas sila email ke hafsahzainuri@yahoo.com / sms 012-2769707

Friday, April 27, 2012

Pentingnya air

info dari Pa & Ma

Air Penting Demi Kesihatan
Kepentingan air, sama seperti oksigen. Ia merupakan elemen penting demi kelangsungan hidup seseorang manusia. INTAN JASTINA JAMALUDDIN menyelongkar kebaikan air dengan bantuan Sabrina Haron.
Ramai di kalangan kita yang hanya minum air setelah dahaga. Sedangkan, kita sering mendengar saranan pakar perubatan dan pakar pemakanan untuk minum air sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Jika termasuk di dalam golongan yang “malas” minum air, anda seharusnya berubah sikap dan mula memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air.

Air membentuk kira-kira 55 - 57 % daripada berat badan dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Oleh yang demikian, pengambilan air dalam jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh anda menjalankan fungsinya dengan sempurna. Ia mustahak untuk melarutkan sisa metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Oleh kerana itulah, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini daripada tubuh. Kekurangannya akan “memaksa” buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkannya rosak.
Antara lain, air turut menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air boleh menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh sistem tubuh.
Ketahuilah, tubuh anda terdiri daripada 70% air. Sekiranya air yang terkandung di dalam tubuh anda bersih, sel tubuh tentu sahaja menjadi lebih segar dan kuat. Kesan daripada air yang bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu.
Dalam pada itu, anda perlu tahu bahawa input air perlu sekurang-kurangnya sama dengan output air. Kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.
Kekurangan air juga menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan daripada badan terkumpul dan lama-kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya 2% air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.
Malah rasa mengantuk selepas makan tengah hari pun merupakan petunjuk tubuh kekurangan air. Seperti yang anda sedia maklum, air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Bagi menyempurnakan proses ini, tubuh menggunakan air daripada sel badan. Apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Inilah puncanya anda mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian sewaktu kerja selepas makan.
Ramai yang tidak sedar diri sebenarnya mengalami kekurangan air yang kronik. Sekiranya anda hanya ke tandas 1 atau 2 kali sehari, kerap dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah takungan air, itu petanda anda kekurangan air! Tahukah anda, tanda-tanda seperti perut terasa kembung atau kaki kelihatan bengkak merupakan petunjuk tubuh kekurangan air. Bukannya kerana terlalu banyak air.

Kurangkan Berat Badan
Ramai yang keliru antara isyarat lapar dan dahaga. Kekeliruan ini menyebabkan segelintir daripada anda mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan, amalan meminum air kosong dalam jumlah yang banyak adalah jalan terbaik. Ini kerana air menjadi elemen penting untuk meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak.
Jika anda mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali berasa lapar. Memandangkan air tidak mengandungi kalori, jadi tidak timbul isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, pakar pemakanan sering menyarankan individu agar minum setiap kali sebelum makan. Air akan membuatkan anda cepat kenyang. Tanpa disedari, ia dapat mengelakkan diri anda daripada makan dalam jumlah yang banyak. Perlu diingatkan bahawa air yang diambil perlulah air kosong dan bukannya minuman manis yang hanya mengandungi kalori kosong!

Malas Ke Tandas?
Biarpun tahu manfaat air pada kesihatan, tidak ramai yang punya “kekuatan” untuk berulang-alik ke tandas. Oleh kerana itulah golongan ini minum hanya sedikit air dan pada masa yang sama turut mengelak makanan yang mengandungi air yang banyak. Faktanya, kerap berulang ke tandas perlu dianggap sebagai perkara yang positif. Secara purata, pundi kencing dikosongkan di setiap 4 jam. Jadi, membuang air kecil antara 6 hingga 7 kali sehari adalah sesuatu yang normal.
Usah risau jika perlu kerap ke tandas kerana ia adalah antara cara meningkatkan kepekaan fikiran khususnya bagi anda yang lebih banyak duduk ketika bekerja. Terdapat kajian yang menasihatkan individu untuk berehat seketika setiap 1 atau 1 ½ jam ketika bekerja. Oleh itu, anggaplah aktiviti ke tandas sebagai rehat yang bukan sahaja membantu anda membersihkan dalaman tubuh, malah merangsang tumpuan fikiran.

Wednesday, April 25, 2012

Penjagaan Muka Waktu Pagi

Penjagaan Muka Waktu Pagi

Cara - cara Penjagaan Muka waktu Pagi
1. Pencuci Muka
2. Penyegar (Toner)
3. Pelembap
4. Krim Mata
5 . Losyen Pelicin Kulit
6. Losyen Kedutan (mengurangkan kedutan dan garis2 halus)

Tips2 ini perlu di amalkan setiap pagi, tanpa mengira ke pejabat atau di rumah, penjagaan yg sempurna menyebabkan risiko untuk muka kelihatan tua dan berkedut kurang.

berminat salah satu losyen di atas sila email ke hafsahzainuri@yahoo.com / sms 012-2769707

Tuesday, April 24, 2012

SARI PEMUTIH FACIAL (120 MINITS)- RM138/-


LILY/SARI PEMUTIH FACIAL (120 MINITS)- RM138/-
sesuai untuk kulit berjeragat/warna tak sekata/penuaan / kulit  sensitif
pembersihan riang roma tersumbat & dalaman 
pembersihan jerawat atau acne 
mengecilkan riang roma besar
mengurangkan kulit berminyak/memberi lembapan pada kulit kering
losyen pelicin kulit
anti penuaan krim mata
3 jenis mask :sari pemutih mask ,lembapan ,  vitamin C
sari pemutih - mengurangkan /menghilangkan jeragat
krim pemutih - warna tak sekata

Pertanyaan sms/call 012-2769707
Facial secara temujanji sahaja
Lokasi : Pantai Peringgit, Melaka

Monday, April 23, 2012

ANTI PENUAAN FACIAL


CARNATION/ANTI PENUAAN FACIAL (120 MINITS)- RM88/-
sesuai untuk kulit penuaan / warna tak sekata/kulit kering/sensitif
facial massage
facial detox dengan cara tradiosional
shoulder massage
pembersihan riang roma tersumbat & dalaman 
pembersihan jerawat atau acne 
mengecilkan riang roma besar
memberi lembapan pada  kulit kering
anti penuaan krim mata
 2 jenis mask & vitamin C

Pertanyaan sms/call 012-2769707
Facial Secara Temujanji sahaja
Lokasi : Pantai Peringgit, Melaka

Sunday, April 22, 2012

MEDIUM FACIAL


MELUR/MEDIUM FACIAL(90 MINITS) - RM78/-
sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
facial massage
facial detox dengan cara tradiosional
shoulder massage
pembersihan riang roma tersumbat & dalaman 
pembersihan jerawat atau acne 
mengecilkan riang roma besar
mengurangkan kulit berminyak/memberi lembapan pada kulit kering
basic krim mata
2 jenis mask & vitamin C

 Pertanyaan sms/call 012-2769707
Facial hanya secar temujanji
 Lokasi : Pantai Peringgit, Melaka



Monday, April 9, 2012

BASIC FACIAL


ROSES /BASIC FACIAL( 60 MINITS) -  RM58/-
sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
pembersihan riang roma tersumbat & dalaman 
pembersihan jerawat atau acne 
mengecilkan riang roma besar
mengurangkan kulit berminyak
basic krim mata
mask & vitamin C







berminat sila sms/ call 012-2769707
Facial hanya temujanji sahaja
Lokasi : Pantai Peringgit, Melaka 



Bakar Kalori Dengan Penyusuan Susu Ibu

info dari majalah Pa & Ma


Bakar Kalori Dengan Penyusuan Susu Ibu
Penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari!
Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan antara agenda utama yang mahu dilaksanakan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi. Ada segelintirnya gusar dengan keupayaan diri mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu berlangsung. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak mahu sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu.
Atasi dilema anda dengan fakta ini. Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.
Jadi, anda tidak perlu khuatir lagi. Matlamat anda dapat dipenuhi dengan menyusukan bayi secara eksklusif. Sewaktu hamil dahulu, anda menambah berat untuk menyimpan tenaga bagi menghasilkan susu ibu. Kini, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan simpanan lemak itu dengan menyusukan bayi.

1. Jaga Corak Pemakanan
Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan.
Cara terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun “tambahan” yang biasa diambil.
Apa yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan daging berlemak. Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan.

2. Senaman
Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan.
Faktanya, kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara tetap mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Oleh yang demikian, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya bagi anda yang melahirkan bayi secara caesarean. Dengan cara ini, anda dapat menyingkirkan lemak dan pada masa yang meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga tubuh.

3. Diet
Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas 2 bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi. Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan merbahaya.
Untuk makluman, kekurangan zat makanan tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu ibu tetapi ia memudaratkan tahap kesihatan diri anda. Walaupun begitu, anda tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada diri anda dan bayi juga.

4. Buat pertimbangan
Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi. Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu.
Lebih daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi, diet melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu.

5. Pandangan Pakar
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada. Oleh yang demikian, sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.

Thursday, December 8, 2011

Elak Gigitan Bayi Ketika Menyusu


Bayi terutamanya yang baru mendapat gigi pertama cenderung untuk menggigit puting payu dara sama ada secara sengaja mahupun tidak. Lebih-lebih lagi ketika dia mengalami masalah gatal gusi. Bayi pastinya akan menggigit dan menjadikan puting anda seumpama teether.

Kesannya boleh mengakibatkan puting kesakitan dan lama-kelamaan menimbulkan masalah untuk anda meneruskan penyusuan eksklusif.

1. Alihkan Bayi
Antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah dengan mengalihkannya daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya. Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mama” atau “Mama sakit” Biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan lemah lembut.

Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.

2. Tekapkan Muka
Ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat bernafas semula.

Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya.

3. Ketahui Punca
Sepatutnya di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit.

Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.

4. Amati Corak Penyusuan
Di akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.

5. Posisi Selesa
Anda seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.

6. Leraikan Dengan Jari
Apabila anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.

7. Gigit Alat Lain
Berikan bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.

Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!

8. Elak Jeritan
Cuba hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi menyusu.


Info dari Pa & Ma

Wednesday, December 7, 2011

Gigi pertama si kecil

Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi masalah ketika tumbuh gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.

2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.

3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.

5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

Penjagaan gigi dengan berus gigi yang lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.


Info dari Pa & Ma

Monday, December 5, 2011

Foundation (Asas cecair make up) Kulit Berminyak

Asas cecair makeup, terdapat pelbagai jenis, tapi tak pasti ia nya sesuai atau tidak dengan kulit kita, kalau tersalah beli membazir la nampaknya. Maklumla, ada orang yg kulit berminyak dan ada yg kulit kering.

Ini antara keterangan mengenai Asas Cecair Makeup (Kulit Berminyak hingga Kulit Kombinasi) yg sesuai serta mampu membuatkan kulit kelihatan licin,menutup segala cela,garis2 halus dan liang roma. Selain itu, terdapat SPF 20+++ yg mampu menghalang dan melindungi cahaya UVA/UVB dari matahari. Cecair Makeup ini juga boleh mengimbangi minyak yg terdapat pada muka sepanjang hari. Apabila menggunakan asas cecair ini, makeup akan kekal cantik sepanjang hari.

Pertanyaan dan berminat boleh sms 012-2769707
next, i explain foundation kulit kering pula

Tuesday, November 1, 2011

MAKEOVER MAKEUP , PHOTOSHOOT , PHOTO A4 SIZE


MAKEOVER MAKEUP + PHOTOSHOOT + PHOTO A4 SIZE
PRICE : RM 19.90 (PROMOTION)

DATE: 13/11/2011
TIME: 11AM TO 6 PM
LOCATION: MELAKA RAYA,MELAKA

Sunday, October 23, 2011

Vaucher - 2011

nak beli voucher facial rm 58 tak?
Setiap pembelian voucher facial
-Rawatan Facial RM58(harga asal RM 88) 1 kali sesi
-Hanya tambah RM19.90 , Percuma Professional Makeover, Photo A4 size x 1
(nak bergambar dgn family lepas make over pun bleh?
harga promosi RM 77.90
tarikh: 13/11/2011 (make over)
masa: 11 pagi - 6 petang

vaucher valid selama 3 bulan dari tempoh pembelian

Thursday, August 18, 2011

PROMOSI FACIAL UNTUK PELAJAR SEKOLAH

PROMOSI FACIAL SEMPENA HARI RAYA

KHAS UNTUK PELAJAR SEKOLAH

HARGA RM 30

SESI FACIAL + 1 MASKER.

DAPATKAN KOMISEN 10% APABILA MEMPERKENALKAN PAKEJ NI
KEPADA RAKAN2 ANDA.
LOKASI : BLINK STUDIO, MELAKA RAYA, MELAKA & MUAR,PARIT JAWA.


FACIAL HANYA SECARA TEMUJANJI
PERTANYAAN 012-2769707

Wednesday, August 3, 2011

5 Tip mudah Ajar Anak

Info dari Pa & Ma

Kicker: Bila si kecil semakin membesar pelbagai kerenah yang bakal ibu bapa hadapi. Malah ketika ini juga dia semakin mengerti persekitaran yang ada di sekelilingnya. Jom lihat tip mudah ajar buat si kecil ini.

Anak-anak adalah anugerah Tuhan kepada ibu bapa. Dalam menuju kepada pembesarannya mereka memerlukan bimbingan yang sempurna di samping kasih sayang. Dengan ini usaha untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang beberapa bimbingan dilakukan pada usia seperti ini. Ikuti lima kaedah buat si kecil, iaitu:

1. Didikan
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.

2. Dorongan
Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.

3. Interaksi
Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.

4. Luahan perasaan
Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.

5. Berdikari
Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.