Tuesday, June 15, 2010

Kesihatan Tulang


Osteoporosis, penyakit kemerosotan sendi, sakit bahu dan leher merupakan beberapa keadaan yang biasanya dikaitkan dengan individu yang lebih tua. Tetapi kemerosotan tulang manusia sebenarnya bermula apabila tulang mencapai pertumbuhan sepenuhnya iaitu sekitar usia 30-35 tahun. Oleh itu, sama ada muda atau tua, kesihatan tulang bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Individu yang berisiko untuk mengalami penyakit sendi ialah individu yang pernah:
  • mengalami kecederaan sendi/terseliuh sendi
  • mengalami kekejangan sendi
  • kerap memakai kasut tumit tinggi
  • dan yang ketidakstabilan indeks jisim tubuh (BMI) dan kalsium dalam badan
Terdapat langkah dan amalan mudah yang boleh diamalkan untuk mengekalkan jisim tulang dan mengelakkan kemerosotan tulang:
  • DIET - amalkan pemakanan atau diet yang seimbang
  • BERSENAM - untuk mengelakkan tubuh mengalami tekanan
  • BERWASPADA - untuk mengurangkan beban pada sendi
  • POSTUR - juga untuk mengurangkan tekanan pada tubuh.
Menjaga kesihatan rawan juga adalah penting. Glukosamin merupakan salah satu komponen utama dalam rawan. Glokosamin berfungsi sebagai pelincir kepada sendi kita. Apa yang penting ialah jangan memberi alasan kesihatan tulang adalah penyakit orang tua. Mulakan langkah pencegahan dalam usia muda kita supaya kita mendapat kualiti hidup yang lebih baik.

No comments: