 Bayi  terutamanya yang baru mendapat gigi pertama cenderung untuk menggigit  puting payu dara sama ada secara sengaja mahupun tidak. Lebih-lebih lagi  ketika dia mengalami masalah gatal gusi. Bayi pastinya akan menggigit  dan menjadikan puting anda seumpama teether.
Bayi  terutamanya yang baru mendapat gigi pertama cenderung untuk menggigit  puting payu dara sama ada secara sengaja mahupun tidak. Lebih-lebih lagi  ketika dia mengalami masalah gatal gusi. Bayi pastinya akan menggigit  dan menjadikan puting anda seumpama teether.
Kesannya boleh mengakibatkan puting kesakitan dan lama-kelamaan menimbulkan masalah untuk anda meneruskan penyusuan eksklusif.
1. Alihkan Bayi
Antara  langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah  dengan mengalihkannya daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil  itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya.  Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mama” atau “Mama sakit”  Biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana  sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan  lemah lembut.
Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.
2. Tekapkan Muka
Ketika  bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah  dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak  nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat  bernafas semula.
Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya.
3. Ketahui Punca
Sepatutnya  di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada  digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang  mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit.
Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.
4. Amati Corak Penyusuan
Di  akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini  dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula  mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada  mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan  penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.
5. Posisi Selesa
Anda  seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam  posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya  bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan  tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.
6. Leraikan Dengan Jari
Apabila  anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking  di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu dara.  Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa  memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan  puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.
7. Gigit Alat Lain
Berikan  bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil  yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat  bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu  agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.
Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!
8. Elak Jeritan
Cuba  hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah,  jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan  membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih  akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi  menyusu.
Info dari Pa & Ma
 


 
                                   
                                   1. Kerapkan Menyusu
1. Kerapkan Menyusu 
                                  
 
                                   
                                   
                                   
                                   
                                   
                                   
                                   
                                   
                                  