Info dari Pa & Ma
 
Kicker: Bila si kecil semakin membesar pelbagai kerenah yang bakal ibu bapa hadapi. Malah ketika ini juga dia semakin mengerti persekitaran yang ada di sekelilingnya. Jom lihat tip mudah ajar buat si kecil ini.
Anak-anak adalah anugerah Tuhan kepada ibu bapa. Dalam menuju kepada pembesarannya mereka memerlukan bimbingan yang sempurna di samping kasih sayang. Dengan ini usaha untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang beberapa bimbingan dilakukan pada usia seperti ini. Ikuti lima kaedah buat si kecil, iaitu:
1. Didikan
Anak-anak  mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang  dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka  dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu  apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka  dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi  pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan  mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.
2. Dorongan
Kanak-kanak  memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang  membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan  asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang  memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan  seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan  minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk  meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada  kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi  dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam  hidupnya. 
3. Interaksi
Lebih awal ibu bapa  berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah  dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak  pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan  merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan  dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh  perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya  supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti  ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di  sekitarannya.
4. Luahan perasaan
Anak anda  semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu  keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada  mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah  peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan  membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan  perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian  selalu. 
5. Berdikari
Menyediakan anak-anak  yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan  pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan  nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam  dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan  kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini  mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam  melakukan sesuatu.
 
No comments:
Post a Comment