Thursday, November 4, 2010

Masalah Jerawat & Cara Atasinya

Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja . Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk. Saya boleh memberi beberapa tip dan panduan untuk remaja yang mempunyai masalah jerawat.

1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur sayuran juga mempunyai antioxidan yang tinggi .

2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan

3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.

4. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur .

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk.

Selain itu,cara pengambilan makanan juga penting, kurangkan makanan yang berminyak dan pedas.

2 comments:

mummy_ayu said...

ayu plak bila nak period mesti makin menjadi jadi jerawat tu..tapi kalu ari biasa tu..sikit sikit jer..

health-beauty-slimming said...

jerawat yg kuar mase period tu disebabkan hormon,hormon kite sentiasa berubah-ubah,
apepun kurangkan makan pedas dan berminyak,mummy ayu ada amik ape2 suplement ke?